;)
kenapa nak ragu ragu kalau boleh buat terus je?
  • staff
  • absofreakinglutelylutania
  • youcannotcompareapplesandoranges
  • atika
  • mrklly
  • gulagulakapas

to you

it’s hard. it never been easy.

i try. then i failed.

i try, and failed once again.

and in the end, i give up.

such a fucking loser.

suprisingly, i move on.

far.

far away.

..

.

btw (this is neccessary, aite?),

u should know tht i’m always here no matter wht happens.

Do you feel the anger?

Do you feel the anger?

luar dalam

bila berdepan dengan masalah, satu satu orang itu seolah olah berada di dalam satu lingkaran. kecil besar saiznya bergantung kepada masalah. dan segala perihal masalah itu wujud di dalam lingkaran tersebut. berjalan berlari macam mana pun, masih di dalam lingkaran itu juga.

kemudian,

datang seorang di luar lingkaran. dan seorang. dan seterusnya seorang lagi, sampai ramai. mereka tonton, lihat, dengar dan kata. ada cakap baik, ada cakap jahat. ada yang gelak, ada yang nangis. macam macam.

dalam ramai ramai tu, ada yang bijak. mulutnya pandai berbicara, pintar berkata. ada logik, ada rasional. tegurannya membina. pendapat diberi mengenai subjek di dalam lingkaran. ada juga yang berbentuk penyelesaian. bagusnya.

akan tapi,

yang di dalam menentang. dikata yang orang luar tak faham masalah mereka. mereka tak mengalami masalah itu. penyelesaian diterjemah sebagai penghinaan. blah kau jangan nak sibuk hal aku, kata mereka.

patut ke?

setuju atau tidak, hakikatnya yang di luar lebih memahami. mereka mampu melihat lingkaran itu sebagai satu bulatan besar, dan mereka mampu mengelilingi bulatan itu. walhal yang di dalam itu terkepung dah hanya berdepan dengan perihal di dalam lingkaran itu.

kata kata sang bijaksana ditepis, dan disampahkan. mereka jadi marah, benci, mampus kau. aku tahulah macam mana nak selesaikan masalah aku, kata mereka.

ego membuak-buak.

di akhir hari, pemecah lingkaran itu masih terletak di luar.

jadi, sampai bila?

14742.) I have a secret for everyone: Love is miserable because it never lives up to the amazing thoughts you can think. It isn’t eternal, nothing is. People change; you may, the person you love may. It’s a big investment for ideally a high reward, but realistically will never live up to ones expectations. Nor is it even necessary. Move on, everything will be okay. I promise.

trianglehuman:

(via blogsecret)

kamu rasa?

budak kecil

ingat lagi ketika kita masih kecil? lemah, tidak berdaya dan kita perlu dibantu. mak, ayah, abang, kakak, atuk, nenek ataupun mak cik jiran sebelah, semua boleh menolong. kalau melintas, dipimpinkan tangan. kalau makan, minta disuapkan. kalau tidur, tolong diselimutkan. semua tu atas dasar, ini budak kecil, dia perlu dibantu, kita buatlah apa yang patut.

soalnya, sampai bila? takkan dah besar panjang, masih mahu ditatang bagai minyak yang penuh? sepatutnya dah boleh berlari, nak dipimpin tangan lagi?

lihat la sekeliling. tak nampak ke? orang lain dah panjat pokok tinggi tinggi, yang dok tercanguk dekat bawah tu buat apa? panjat la sekali. tak payah minta tolong ayah ambilkan tangga. dah mampu panjat sendiri. kaki kuat, tangan pun kuat.

cukup cukup lah. sedar dan bangun. hari dah siang. sampai bila lagi?

hujung minggu di kuala lumpur

A:kau balik tiap tiap minggu, tak letih ke bai?
B:hemm aku saje balik nak jenguk abang aku, dia sakit sekarang ni.
A:oh sakit apa?
B:leukemia. sekarang ni tengah tempoh dia..(blah, blah, blah)
A:ohh okay.

bila fikir balik, perlu ke aku balik tiap tiap minggu ni? membazir weh. minyak dah RM20. kadang kadang RM25, bergantung kepada mood dan kadar penekanan pedal minyak. tu tak masuk tol, RM15.10. nak jimat, drive la lewat malam. dapat rate murah sikit. tapi sumpah nak kena fokus. sebab drive malam, aku lebih cenderung untuk terlelap. lebih 3 saat, memang padam terus la lepas tu. naya~

dah, balik ke isu asal. sebab aku rasa ni lah apa yang perlu aku buat. abang aku perlu sokongan, sokongan keluarga dan rakan rakan. ayah dah bagi roda, guna lah. buat lah apa yang patut. tentang kos tu, aku rasa tak begitu membebankan. daripada aku bazirkan untuk tujuan yang entah apa apa, hal ini lebih baik mungkin?

doakan abang aku bertambah baik setiap hari. thanks :D

Hmm bestnye.

*bestnye kalau dapat mende tuu.*

yaa, memang, kalau sebelum dapat, sewaktu masih teringin dan berangan, memang tergila-gilakan betul. habis semua kau yang kau tengok, baik. tak ada cacat langsung, kononnya.

tapi.

bila dah dapat,

“la kenapa macam ni pulak, aku tak tau pun..”
“ala jangan macam ni doo, dulu kau tak macam ni pun..”
“wei kau tau tak kenapa aku punya jadi macam tu?”

lagi, bila dah lagi lama, dan terbiasa,

“heh biasa la tu, macam la kau tak tau..”
“dah nama pun .., memang laa.”
“kau tengok la tu, dia buat perangai lagi.”

nak lama lagi? tak payah. keluar maki hamun je nanti.

siapa macam tu? KITA SEMUA.

sebelum dapat, langsung tak tengok keburukan. memang la nak kena selalu bersangka baik. tapi masih perlu usul periksa. tapi jangan la nak jadi detektif pulakk. maksud aku, riki atau usha la apa apa yang patut. tanya orang tu, orang ni. tanya yang pakar, tanya yang berpengalaman, tanya yang kenal. baru kau tau macam mana nak handle nanti.

sesungguhnya setiap perkara tu tak lari daripada kebaikan, dan juga tak lari daripada keburukan. tak kisah la orang ke, handset, laptop, seluar, baju, kasut, mouse, kucing, kerusi, meja, kereta, almari rumah, selipar, berus gigi dan lain lain, semuanya ada pro dan con masing masing.

sekali lagi merepek. bye.

I wish. I wish. I wish.

The Notes

ohh they keep looking at me. and they are shouting,

“don’t just look at me. touch me. understand me. make love with me. or else you will live in suffer. remember, i’m the only thing that you have.”

:O ?

damnit it’s just too much isn’t it? silly me.

Awak tak perasan saya sebab awak perasan awak cantik

aku nak bunuh la orang yang start buat baju ni. boleh ke?  -__-“